Monday, July 30, 2018

PERMULAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM 

Pendidikan agama islam adalah merupakan salah satu usaha yang berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup islam berdasarkan al-quran dan as-sunnah dengan meningkatkan lagi potensi diri dari sudut seperti fizikal, intelek,emosi dan sosial agar menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap Allah, manusia dan persekitaran alam dalam ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi dan di akhirat

PENGHARGAAN


Alhamdulillah dengan segala syukur puji ke hadrat Allah SWT dengan segala rahmat dan nikmat yang telah dilimpahkan kepada mereka yang bergelar manusia. Sekalung budi ikhlas saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Puan pensyarah yang saya hormati iaitu Puan Hajah Maleha binti Lauto diatas segala didikan dan ajaran yang telah dicurahkan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah memberikan tugasan berbentuk blog yang sangat bermakna kepada saya melalui pembelajaran saya pada masa akan datang serta membimbing saya ke arah yang lebih baik dan semakin hebat kerana beliau juga adalah merupakan seorang pensyarah yang hebat dan berdedikasi. Selain itu, beliau juga telah mendidik saya dengan cemerlangnya untuk menjadikan saya seorang yang berjaya dalam kehidupan dan juga dapat melayan karenah saya dengan baik seperti seorang ibu yang kasih akan anaknya. Oleh itu, saya akan berusaha sedaya upaya dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan agar bermakna buat diri ibunda saya.

   Seterusnya tidak lupa juga kepada belahan hati pengerang jantung iaitu kedua ibubapa saya, Tuan Md Ghazzi Bin Hj Yunus dan Puan Zurida Binti Che Haak yang tidak putus-putus memberikan kata semangat yang tidak terhingga kepada saya dan sentiasa berada di samping saya serta memberikan pelbagai sokongan moral untuk melihat saya sentiasa maju berjaya serta bergiat berusaha dalam apa jua keadaan.


   Ucapan penghargaan tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang turut membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan sentiasa memberi tunjuk ajar dalam meringankan beban sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang memberikan sokongan yang terlibat sama ada secara sulit zahir atau sebaliknya sepanjang proses ini. Oleh itu, hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka.     

OBJEKTIF TUGASAN


Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan islam  kita hendaklah mengenalpasti terlebih dahulu berkenaan dengan objektif ataupun maklamat yang ingin dicapai bagi menjayakan sesuatu pembelajaran. Hal ini berbalik kepada objektif tugasan blog saya ini dibuat adalah untuk kita mempelajari lebih mendalam lagi mengenai persediaan perancangan pelajaran samaada secara tahunan, mingguan mahupun harian. selain itu juga, objektif blog ini adalah untuk dijadikan sebagai rujukan bagi para pendidik khususnya bagi memudahkan mereka mempelajari mahupun memahami apakah yang dimaksudkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam