Monday, July 30, 2018

PENGENALAN


RANCANGAN TAHUNAN 
  • Rancangan pengajaran tahunan merupakan rancangan yang dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran sepanjang tahun, mengikut kelas dan tahap pengetahuan pelajar yang mana ia ditetapkan mengikut taqwim persekolahan itu sendiri.
Elemen yang perlu ada dalam rancangan tahunan ialah:
  1. Minggu yang ditetapkan
  2. Tajuk berkaitan pembelajaran 
  3. Kemahiran yang diaplikasikan
  4. Penerapan nilai yang diberikan
RANCANGAN MINGGUAN

  • Rancangan pengajaran mingguan pula ialah merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Oleh itu, ia mempunyai rancangan yang mengandung pernyataan objektif pembelajaran yang ingin dicapai bagi setiap insan bergelar pendidik
Elemen yang perlu ada dalam rancangan mingguan ialah:
  1. Minggu pembelajaran
  2. Isi pembelajaran / tajuk pembelajaran
  3. kemahiran yang digunakan
  4. aktiviti yang dijalankan
  5. bahan bantu mengajar yang digunakan


RANCANGAN HARIAN
  • Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seseorang guru yang profesional yang perlu disediakan sebelum menlaksanakan sesuatu pengajaran. selain itu , ia juga boleh didefinisikan sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran pada sesuatu hari tertentu dengan menggunakan format-format yang telah ditetapkan.
Elemen utama yang perlu dalam perancangan harian ialah:

  1. Penulisan secara objektif
  2. Pengetahuan sedia ada
  3. Isi kandungan pengajaran 
  4. Strategi pengajaran dan pembelajaran
  5. Penyebatian kemahiran berfikir
Kepentingan rancangan pengajaran harian:
  1. Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati sukatan pengajaran yang telah ditetapkan
  2. Menggunakan masa pengajaran secara optimum
  3. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran, meningkatkan kemahiran yang dikehendaki, menerapkan nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang
  4. Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan
  5. Menyediakan strategi bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik pengajaran
  6. Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik
  7. Guru dapat meramal situasi dalam kelas dan membuat persediaan mengatasi langkah-langkah
  8. Tingkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung
  9. Dapat memberikan peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan
  10. Melakukan pemantauan dalam pengajaran dan pembelajaran secara lansung atau tidak 

Format perancangan harian:

- Tarikh                                         - Ojektif pembelajaran
- Masa                                           - Hasil pembelajaran
- Kelas                                           - Pengetahuan sedia ada
- Bilangan murid                           - Kemahiran berfikir
- Mata pelajaran                            - Penerapan nilai
- Topik                                          -  Sumber

METODOLOGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan di sini dapat dedifinisikan sebagai suatu proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan, kemahiran tertentu meliputi perkara seperti akiviti perancangan pengelolaan, bimbingan dan penilaian.

           Metodologi bermaksud suatu sistem yang mengandungi prinsip, sukatan, strategi, kaedah dan teknik dan sebagainya yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w.


Istilah Yang Digunakan Dalam Pendidikan :

  1. Al-Ta'lim
  2. Al-Tarbiyah
  3. Al-Tadris
  4. Al-Riyadhah
  5. Al-Tardih

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam :

  1. Dari mudah kepada lebih susah
  2. Dari yang nampak kepada yang abstrak
  3. Dari dekat kepada yang jauh
  4. Dari yang tahu kepada yang tidak tahu
  5. Dari yang dapat dilihat kepada yang tidak dapat dilihat

Tempat pendidikan zaman Rasulullah s.a.w :

  1. Rumah Al-Arqam bin Al-Qam
  2. Masjid
  3. Rumah
  4. Bukit Saffa

SUKATAN PELAJARAN

SUKATAN PELAJARAN TAJWID DARJAH 3




BILANGAN
TAJUK
1
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
2
HUKUM TAJWID
3
HUKUM NUN SAKINAH ( NUN MATI ) DAN TANWIN
4
IZHAR
5
IDGHAM
6
IQLAB
7
IKHFA’
8
HUKUM MIM SAKINAH ( MIM MATI )
9
HUKUM MIM DAN NUN YANG BERSABDU
10
UJIAN