Monday, July 30, 2018

PENGHARGAAN


Alhamdulillah dengan segala syukur puji ke hadrat Allah SWT dengan segala rahmat dan nikmat yang telah dilimpahkan kepada mereka yang bergelar manusia. Sekalung budi ikhlas saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Puan pensyarah yang saya hormati iaitu Puan Hajah Maleha binti Lauto diatas segala didikan dan ajaran yang telah dicurahkan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah memberikan tugasan berbentuk blog yang sangat bermakna kepada saya melalui pembelajaran saya pada masa akan datang serta membimbing saya ke arah yang lebih baik dan semakin hebat kerana beliau juga adalah merupakan seorang pensyarah yang hebat dan berdedikasi. Selain itu, beliau juga telah mendidik saya dengan cemerlangnya untuk menjadikan saya seorang yang berjaya dalam kehidupan dan juga dapat melayan karenah saya dengan baik seperti seorang ibu yang kasih akan anaknya. Oleh itu, saya akan berusaha sedaya upaya dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan agar bermakna buat diri ibunda saya.

   Seterusnya tidak lupa juga kepada belahan hati pengerang jantung iaitu kedua ibubapa saya, Tuan Md Ghazzi Bin Hj Yunus dan Puan Zurida Binti Che Haak yang tidak putus-putus memberikan kata semangat yang tidak terhingga kepada saya dan sentiasa berada di samping saya serta memberikan pelbagai sokongan moral untuk melihat saya sentiasa maju berjaya serta bergiat berusaha dalam apa jua keadaan.


   Ucapan penghargaan tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang turut membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan sentiasa memberi tunjuk ajar dalam meringankan beban sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang memberikan sokongan yang terlibat sama ada secara sulit zahir atau sebaliknya sepanjang proses ini. Oleh itu, hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka.     

No comments:

Post a Comment