Monday, July 30, 2018

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama                           : Mohammad Ariff Safwan Bin Md Ghazzi
Mata Pelajaran            : Tajwid
Kelas                           : 3 Ibnu Hassan
Tarikh                          : 9 Julai 2018
Masa                            : 2.30 petang – 3.00 petang
Bilangan                      : 25 orang murid ( 12 lelaki, 13 perempuan )
Tajuk                           : Hukum Tajwid
Kemahiran                   : Membaca, mendengar, menulis, bercerita
Kaedah                        : Bercerita

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
(1)Sebahagian murid telah diperkenalkan dengan hukum tajwid

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat
(1) Murid dapat  mempelajari hukum ilmu tajwid
(2) Murid dapat menulis tiga hukum mempelajari tajwid
(3) Murid dapat mengutamakan pembacaan al-quran secara bertajwid

KEMAHIRAN BERFIKIR :
(1)Merumus, bersoal jawab, membanding beza

PENERAPAN NILAI :
(1) Khusyuk, Menolong
(2) Berdisiplin, Taat

BAHAN BANTU MENGAJAR :
(1)Kitab, kad manila, lembaran kerja, Skrin Pemancar Cahaya (LCD)


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/
ALAT
Pendahuluan
( 2 minit )
Bacaan doa belajar :

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
(1)   Guru meminta murid-murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

(2)    Murid-murid membaca doa belajar bersama-sama


Nilai : Khusyuk, Taat, Berdisiplin
Set Induksi
( 5 minit )
Membawa senaskhah al-quran
(1)    Guru menunjukkan senaskah al-quran kepada murid-murid
(2)    Guru bertanyakan perkaitan bahan dengan tajuk pengajaran
(3)    Murid menjawab dan guru beri penjelasan
(4)    Guru mengaitkan bahan dengan pembelajaran hari ini
Bahan Bantu Mengajar : Kitab, al-quran

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, Berdisiplin, Taat
Langkah 1
( 6 minit )
(1)    Pengertian tajwid
(2)    Martabat bacaan

(1)    Guru menerangkan pengertian tajwid
(2)    Guru menerangkan martabat bacaan al-quran

Bahan Bantu Mengajar : Kad manila

Strategi : Berpusatkan guru

Nilai : Khusyuk



Langkah 2
( 8 minit )
- hukum mempelajari tajwid
- hukum membaca al-quran dengan mengikut tajwid

- hukum tajwid
(1)    Guru melakukan aktiviti bernyanyi bersama murid-
murid
(2)    Guru menyanyikan terlebih dahulu lagu kemudian diikuti oleh murid
(3)    Guru memantau aktiviti pelajar
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, Skrin pemancar cahaya (LCD)

Strategi : Berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan

Langkah 3
( 7 minit )
Akiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran:



- isi tempat kosong
(1)   Guru membuat aktiviti soal jawab kepada murid-murid
(2)   Guru membuat soal jawab dengan bertemakan isi tempat kosong
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, Skrin pemancar cahaya (LCD)

Strategi : Berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, Patuh, Taat
Penutup
( 2 minit )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
(1)    Guru rumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid


Catatan Refleksi : Saya berasa gembira dan bersyukur  kerana pembelajaran hari ini sangat  menarik kerana pada penglihatan saya seluruh murid-murid memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dan saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan agar dapat dijadikan pengajaran dan ikutan tauladan di dalam kehidupan mereka

No comments:

Post a Comment