Monday, July 30, 2018

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama                           : Mohammad Ariff Safwan Bin Md Ghazzi
Mata Pelajaran            : Tajwid
Kelas                           : 3 Ibnu Hassan
Tarikh                          : 10 Julai 2018
Masa                            : 2.30 petang – 3.00 petang
Bilangan                      : 25 orang murid ( 12 lelaki , 13 perempuan )
Tajuk                           : Hukum Nun Sakinah ( Nun Mati) Dan Tanwin
Kemahiran                   : Membaca, mendengar, bercerita
Kaedah                        : Permainan Kuiz, Bercerita

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
(1)Murid sudah  diperkenalkan dengan hukum tajwid pada pembelajaran yang lepas

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat
(1) Murid dapat menyatakan maksud nun sakinah ( nun mati) dan tanwin
(2) Murid dapat menulis hukum tajwid yang terbit daripada hukum nun sakinah dan tanwin
(3) Murid dapat menyebut bahagian nun mati dan tanwin

KEMAHIRAN BERFIKIR :
(1)Merumus, bersoal jawab, membanding beza

PENERAPAN NILAI :
(1) Taat
(2) Fokus , berdisiplin

BAHAN BANTU MENGAJAR :
(1)Kitab, lembaran kerja, kad manila, skrin pemancar cahaya (LCD)


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN/
ALAT
Pendahuluan
( 2 minit )
Bacaan doa belajar :

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
(1)   Guru meminta murid-murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

(2)   Murid-murid membaca doa belajar dengan bimbingan guru.

Nilai : Sabar, Patuh, Taat
Set Induksi
( 5 minit )
Guru menayangkan video mengenai perkara-perkara islam dan hukumya
(1)    Guru menayangkan video
(2)    Guru bertanyakan     perkaitan video tersebut dengan tajuk pengajaran
(3)   Murid menjawab dan guru memberi penjelasan
(4)    Guru mengaitkan video dengan pembelajaran hari ini
Bahan Bantu Mengajar: Komputer, Skrin Pemancar Cahaya lembaran kerja

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Sabar, Taat, Patuh
Langkah 1
( 6 minit )
Menceritakan erti hukum nun mati dan tanwin



(1)    Guru menceritakan kepada murid maksud hukum nun mati dan tanwin
(2)    Guru meminta murid membincangkan hukum nun mati dan tanwin

Bahan Bantu Mengajar : Komputer, Kitab, Skrin pemancar cahaya (LCD)

Strategi : Berpusatkan guru dan berpusatkan murid
Langkah 2
( 8 minit )
-Erti tanwin
-hukum nun sakinah ( nun mati) dan tanwin beserta bahagiannya
      
-Izhar
   - Idgham
-Ikhfa’
-Iqlab


(1)    Guru melakukan aktiviti bercerita di kalangan murid-murid
(2)    Guru dan murid-murid bersama-sama membincangkan mengenai erti tanwin dan hukum beserta bahagiannya
(3)   Guru menyemak jawapan daripada murid-murid
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya (LCD), komputer

Strategi: Berpusatkan guru dan berpusatkan murid

Nilai : Patuh, Sabar, Taat

Langkah 3
( 7 minit )
Akiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran:


(1)   Guru membuat aktiviti soal jawab kepada murid-murid
(2)    Guru membuat soal jawab dengan bertemakan permainan kuiz teka silang kata
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, Kad manila

Strategi : Berpusatkan murid

Nilai : Sabar, Patuh, Taat
Penutup
( 2 minit )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
(1)   Guru rumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid


Catatan Refleksi : Saya berasa sedih kerana pembelajaran hari ini sangat menyedihkan dan kurang menarik kerana pada pandangan saya separuh daripada bilangan besar murid-murid tidak memberi perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap perkara seperti ini tidak berlaku kerana mereka lebih tertumpukan kepada majlis yang sedang berlangsung di sebelah sekolah dan tidak sabar untuk mereka pergi ke majlis itu.

No comments:

Post a Comment