Monday, July 30, 2018

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama                           : Mohammad Ariff Safwan Bin Md Ghazzi
Mata Pelajaran            : Tajwid
Kelas                           : 3 Ibnu Hassan
Tarikh                          : 11 Julai 2018
Masa                            : 2.30 petang – 3.00 petang
Bilangan                      : 25 orang murid ( 12 lelaki, 13 perempuan)
Tajuk                           : izhar
Kemahiran                   : Membaca, bercerita, mendengar
Kaedah                        : Permainan Kuiz, Nyanyian

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
(1)Murid sudah mengetahui sedikit mengenai tajuk ini pada pembelajaran yang lepas

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat
(1) Murid dapat menyatakan maksud izhar
(2) Murid dapat menyebut huruf-huruf izhar
(3) Murid dapat membunyikan sebutan bacaan izhar dengan betul

KEMAHIRAN BERFIKIR :
(1)Merumus, bersoal jawab,

PENERAPAN NILAI :
(1) Berdisiplin
(2) Khusyuk, Hormat

BAHAN BANTU MENGAJAR :
(1)Kitab, Video, Skrin Pemancar Cahaya ( LCD ), Muzik, Pembesar suara,


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/
ALAT
Pendahuluan
( 2 minit )
Bacaan doa belajar :

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
(1) Guru meminta murid-murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

(2)Murid-murid membaca doa belajar dengan bimbingan guru.

Nilai : Khusyuk, Hormat, Berdisiplin
Set Induksi
( 5 minit )
Guru memainkan lagu mengenai huruf – huruf hijayyah
(1)    Guru memainkan lagu
(2)    Guru bertanyakan     perkaitan lagu tersebut dengan tajuk pengajaran
(3)   Murid menjawab dan guru memberi penjelasan
(4)    Guru mengaitkan lagu dengan pembelajaran hari ini
Bahan Bantu Mengajar : Muzik, Pembesar Video, Komputer

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, Berdisiplin, Hormat
Langkah 1
( 6 minit )



Erti izhar
(1)    Guru menerangkan kepada murid pengertian izhar
(2)    Guru meminta murid mengulang pengertian izhar ini
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, Kitab, Skrin pemancar cahaya (LCD), Kad imbasan

Strategi : Berpusatkan guru
Langkah 2
( 8 minit )
Menyanyikan lagu mengikut huruf – huruf izhar

1) ء
2) ه
3) ع
4) ح
5) غ
6) خ


(1)    Guru melakukan aktiviti nyanyian di kalangan murid-murid
(2)    Guru dan murid-murid bersama-sama menyayikan huruf tersebut dengan lagu ynag telah diubah
(3)    Guru menyanyi lagu tersebut barulah murid-murid mengikutinya
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya (LCD), komputer, kitab

Strategi: Berpusatkan guru dan berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, Khusyuk, Hormat

Langkah 3
( 7 minit )
Akiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran:

permainan kuiz sambungkan ayat dengan huruf
(1)   Guru membuat aktiviti soal jawab kepada murid-murid
(2)    Guru membuat soal jawab dengan bertemakan permainan kuiz padanan
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, Kad manila

Strategi : Berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, Hormat, Khusyuk
Penutup
( 2 minit )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
(5)   Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid


Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menggembirakan dan menarik kerana pada pandangan saya sebilangan besar murid-murid memberi perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dan saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran agar dapat dijadikan pengajaran dan ikutan tauladan di dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment