Monday, July 30, 2018

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama                           : Mohammad Ariff Safwan Bin Md Ghazzi
Mata Pelajaran            : Tajwid
Kelas                           : 3 Ibnu Hassan
Tarikh                          : 12 Julai 2018
Masa                            : 2.30 petang – 3.00 petang
Bilangan                      : 25 orang murid ( 12 lelaki, 13 perempuan)
Tajuk                           : Idgham
Kemahiran                   : Membaca, menulis, mendengar
Kaedah                        : Sumbangsaran, Perbincangan

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
(1) murid pernah didedahkan mengenai hukum tajwid idgham ini pada waktu darjah 1

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat
(1) Murid dapat menyebut pengertian idgham , bahagiannya dan contoh
(2) Murid dapat menulis tiga contoh bahagian hukum idgham
(3) Murid dapat menyenaraikan beberapa huruf idgham dan senaraikan satu persatu.

KEMAHIRAN BERFIKIR :
(1)Merumus, bersoal jawab, membanding beza

PENERAPAN NILAI :
(1) Taat
(2) Patuh, Khusyuk

BAHAN BANTU MENGAJAR :
(1)Kitab, kad gambar, skrin pemancar cahaya (LCD)


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/
ALAT
Pendahuluan
( 2 minit )
Bacaan doa belajar :

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
(1) Guru meminta murid-murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

(2)Murid-murid membaca doa belajar dengan bimbingan guru.

Nilai : Taat, Patuh, Khusyuk
Set Induksi
( 5 minit )
Guru menunjukkan kad gambar beberapa huruf hijayyah :

(1)huruf hijayyah
(1)   Guru menunjukkan kad gambar kepada murid di dalam kelas
(2)   Guru bertanyakan     perkaitan kad gambar dengan tajuk pengajaran
(3)   Murid menjawab dan guru memberi penjelasan
(4)   Guru mengaitkan kad gambar dengan pembelajaran hari ini
Bahan Bantu Mengajar : Kad imbasan, kad gambar, skrin pemancar cahaya (LCD)

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Taat, Berdisiplin, Patuh
Langkah 1
( 6 minit )
Menceritakan mengenai pengertian idgham dan bahagiaan idgham
(1)    Guru menceritakan kepada murid mengenai pengertian idgham dan bahagiannya
(2)   Guru meminta murid membincangkan perkara tersebut
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya (LCD), Kad gambar

Strategi : Berpusatkan guru berpusatkan murid
Langkah 2
( 8 minit )
 Memperkenalkan huruf – huruf idgham


1) ي
2) ن
3) م
4) و
5) ر
6) ل
(1)   Guru melakukan aktiviti perbincangan di kalangan murid-murid
(2)    Guru dan murid-murid bersama-sama bincangkan tajuk yang diberikan
(3)   Guru menyemak jawapan daripada murid-murid
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya (LCD), komputer, kad gambar

Strategi: Berpusatkan guru dan berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, Taat, Patuh
Langkah 3
( 7 minit )
Akiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran:

-kumpulan dibahagikan kepada 5 kumpulan
(1)   Guru membuat aktiviti sumbangsaran kepada murid-murid
(2)   Murid-murid membuat aktiviti secara berkumpulan
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, Kad manila, kad gambar

Strategi : Berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, Taat, Patuh
Penutup
( 2 minit )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
(1)   Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid


No comments:

Post a Comment