Monday, July 30, 2018

RAMNCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama                           : Mohammad Ariff Safwan Bin Md Ghazzi
Mata Pelajaran            : Tajwid
Kelas                           : 3 Ibnu Hassan
Tarikh                          : 13 Julai 2018
Masa                            : 2.30 petang – 3.00 petang
Bilangan                      : 25 orang murid ( 12 lelaki, 13 perempuan )
Tajuk                           : Ikhfa’
Kemahiran                   : Membaca, menulis, mendengar
Kaedah                        : Sumbangsaran, Perbincangan

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
(1) murid pernah didiedahkan pembelajaran ini dalam subjek al-quran darjah 1

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat
(1) Murid dapat menyebut erti Ikhfa’, huruf-huruf dan contoh
(2) Murid dapat menulis semua huruf -huruf yang terkandung dalam ikhfa’
(3) Murid dapat menghafal semua huruf-huruf ikhfa’

KEMAHIRAN BERFIKIR :
(1)Merumus, bersoal jawab, membanding beza

PENERAPAN NILAI :
(1) Khusyuk
(2) Patuh, Berdisiplin

BAHAN BANTU MENGAJAR :
(1)Kitab, kad manila, kad imbasan , kad bacaan


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/
ALAT
Pendahuluan
( 2 minit )
Bacaan doa belajar :

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
(1) Guru meminta murid-murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

(2)Murid-murid membaca doa belajar dengan bimbingan guru.

Nilai : Khusyuk, Patuh, Berdisiplin
Set Induksi
( 5 minit )
Guru menunjukkan kad bacaan surah al-baqarah dari ayat 103 hingga110
(1)    Guru menunjukkan kad bacaan kepada murid di dalam kelas
(2)    Guru bertanyakan     perkaitan kad bacaan dengan tajuk pengajaran
(3)   Murid menjawab dan guru memberi penjelasan
(4)    Guru mengaitkan kad bacaan dengan pembelajaran hari ini
Bahan Bantu Mengajar : Kad imbasan, kad bacaan, kad manila

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, Hormat, Patuh
Langkah 1
( 6 minit )
Pengertian ikhfa’
(1)    Guru menceritakan kepada murid pengertian ikhfa’
(2)   Guru meminta murid membincangkan perkara tersebut
Bahan Bantu Mengajar : kitab ,  Kad manila, kad imbasan

Strategi : Berpusatkan guru berpusatkan murid

Langkah 2
( 8 minit )
Huruf-huruf ikhfa’ dan contoh-contohnya


-menyebut contoh -contoh hukum ikhfa’ dengan penduan guru
(1)   Guru melakukan aktiviti perbincangan di kalangan murid-murid
(2)   Guru dan murid-murid bersama-sama membincangkan tajuk yang diberikan
(3)   Guru menyemak jawapan daripada murid-murid
Bahan Bantu Mengajar : Kitab, kad baaan, kad manila

Strategi: Berpusatkan guru dan berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, Taat, Patuh

Langkah 3
( 7 minit )
Akiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran:

-dipecahkan kepada beberapa kumpulan ( mencari huruf ikhfa’ dalam kertas manila )

- membuat kad imbasan contoh-contoh ikhfa’ secara berkumpulan


(1)   Guru membuat aktiviti sumbangsaran kepada murid-murid
(2)    Murid-murid membuat aktiviti secara berkumpulan secara permainan cari perkataan
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, Kad manila, kad gambar

Strategi : Berpusatkan murid

Nilai : Khusyuk, Hormat, Patuh
Penutup
( 2 minit )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
(1)   Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid


Catatan Refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menggembirakan dan menarik kerana pada pandangan saya sebilangan besar murid-murid memberi perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dan saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran agar dapat dijadikan pengajaran dan ikutan tauladan di dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment