Monday, July 30, 2018

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Nama                           : Mohammad Ariff Safwan Bin Md Ghazzi
Mata Pelajaran            : Tajwid
Kelas                           : 3 Ibnu Hassan
Tarikh                          : 15 Julai 2018
Masa                            : 2.30 petang – 3.00 petang
Bilangan                      : 25 orang murid ( 12 lelaki, 13 perempuan)
Tajuk                           : Hukum Mim dan Nun yang bersabdu
Kemahiran                   : Membaca, menulis, mendengar
Kaedah                        : Syarahan , Soal jawab

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
(1) murid pernah didedahkan mengenai hukum tajwid Mim dan Nun yang bersabdu ini pada waktu darjah 1

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat
(1) Murid dapat menyebut tpengenalan hukum mim dan nun yang bersabdu
(2) Murid dapat menulis hukum bacaan huruf mim dan nun yang bersabdu
(3) Murid dapat menyenaraikan beberapa contoh bacaan  mim dan nun yang bersabdu

KEMAHIRAN BERFIKIR :
(1)Merumus, bersoal jawab, membanding beza

PENERAPAN NILAI :
(1) Berdisiplin
(2) Taat ,Fokus

BAHAN BANTU MENGAJAR :
(1)Skrin Pemancar Cahaya ( LCD), Video, Pembesar Suara, Komputer


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/
ALAT
Pendahuluan
( 2 minit )
Bacaan doa belajar :

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
(1) Guru meminta murid-murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

(2)Murid-murid membaca doa belajar dengan bimbingan guru.

Nilai : Berdisiplin, Patuh, Taat, Fokus
Set Induksi
( 5 minit )
Guru menayangkan video berkaitan dengan hukum dalam islam
1) Guru menunjukkan video kepada murid-murid
2) Guru bertanyakan perkaitan video dengan tajuk pengajaran
3)Guru mengaitkan video dengan pembelajaran hari ini
Bahan Bantu Mengajar : Skrin Pemancar Cahaya ( LCD), Video, Pembesar Suara, Komputer

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Taat, Berdisiplin, Fokus
Langkah 1
( 6 minit )
Menceritakan mengenai hukum mim dan nun yang bersabda
1) Guru  ceritakan kepada murid mengenai pengenalan hukum mim dan nun yang bersabdu
2) Guru dan pelajar bersama-sama bincangkan


Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya (LCD), Kitab


Strategi : Berpusatkan guru berpusatkan murid

Langkah 2
( 8 minit )
 Memberi penerangan mengenai hukum dan contoh mim dan nun yang bersabdu

1) Guru melakukan aktiviti penerangan  di kalangan murid-murid
2) Guru membincangkan tajuk ini dengan baik
3) Guru dan murid-murid bersama-sama bincangkan tajuk yang diberikan
         
Bahan Bantu Mengajar : Skrin pemancar cahaya (LCD), komputer, kad gambar

Strategi: Berpusatkan guru dan berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, Taat, Patuh
Langkah 3
( 7 minit )
Akiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran:

-kumpulan dibahagikan kepada 5 kumpulan

-murid mendengar contoh bacaan al-quran dari audio dan dikehendaki mengeluarkan contoh hukum mim dan nun yang bersabdu

-lengkapkan padanan ayat  pada kad manila
1) Guru membuat aktiviti sumbangsaran kepada murid-murid
2) Murid-murid membuat aktiviti secara berkumpulan
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, Kad manila, kad gambar

Strategi : Berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, Taat, Patuh
Penutup
( 2 minit )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
1) Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid


No comments:

Post a Comment